Thursday, December 23, 2010

Hanya Fatihah buat Pahlawan


Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen (B) Tun Ibrahim Ismail, 88, meninggal dunia pada 4:40 awal pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di mana Allahyarham dirawat kerana sakit tua sejak tiga bulan lepas.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Asar tadi.

Allahyarham merupakan ahli kumpulan elit Force 136 yang terakhir yang ditubuhkan untuk membebaskan Malaya sepanjang diduduki tentra Jepun dari tahun 1941 ke 1945.

Begitu besar jasa Allahyarham tetapi kenapa tiada kelihatan kaum-kaum lain untuk bersama memberi penghormatan terakhir?

Wakil kedutaan asing dan wakil tentera dari negara barat ada kelihatan tetapi rakyat lain negara ini yang menikmati perjuangan Allahyarham seolah-olah langsung tidak hargai pengorbanannya.


Penulis blog berpeluang menghadhirkan diri untuk bersama menyempurnakan sembahyang sunat dan pengkebumian jenazah satu-satu tokoh ketenteraan negara yang dimasyhurkan sebagai Panglima Melayu.

Kali akhir penulis bertemu wajah dengan tokoh ini ialah dalam satu majlis Perkasa yang turut sama dijemput ialah Jen (B) Dato Jaafar Onn, anak Dato Onn Jaafar pada Oktober 21hb 2008 di Kelab Sultan Sulaiman.

Semasa itu, Allahyarham melancarkan laman web Perkasa. Allahyarham telah diberi penghormatan oleh Perkasa untuk menjadi ahli Perkasa nombor keahlian 0000001.

Pesanan Allahyarham dalam Majlis tersebut masih lagi kekal dalam ingatan penulis, "Bersatulah Melayu." Seruan bersatu itu ditujukan supaya hak=hak keistimewaan orang Melayud an Bumiputera dipertahankan tanpa kompromi.

Ketika itu, Allahyarham menyuarakan kerunsingan kepada keadaan sekarang dan melihat kesatuan Melayu penting untuk mengekalkan keamanan negara.

Rencana mengenai Allahyarham di Bernama berikut:
Jen Tun Ibrahim Ismail Dalam Kenangan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Jen (B) Tun Ibrahim Ismail, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang meninggal dunia Khamis merupakan seorang wira yang pernah menyusup untuk mengintip semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

"Have you met Mariam?" adalah kod rahsia yang digunakan sewaktu Allahyarham dikerah mengetuai sepasukan kecil terdiri daripada anak-anak Melayu mendarat di laut berhampiran Pulau Perhentian, Terengganu untuk mengintip bagi pihak British.

Kod rahsia itu kemudian dijadikan judul bukunya yang diterbitkan pada 1984 bagi berkongsi pengalaman semasa Allahyarham dalam tentera sejak menyertai latihan di sebuah akademi tentera Dehra Dun di India.

Ia mengisahkan bagaimana Allahyarham, ketika itu berpangkat Leftenan, dan pasukannya ditangkap dan menjadi tawanan perang oleh Jepun dan menghadapi risiko hukuman pancung.

Namun mereka berjaya memperdayakan Jepun dengan berpura-pura berpaling tadah sehingga akhirnya Jepun menyerah kalah.

Allahyarham, 88, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kira-kira pukul 4.40 pagi akibat sakit tua dan meninggalkan seorang isteri serta empat anak.

Dilahirkan di Johor Baharu pada 19 Okt 1922, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Molek sebelum ditukarkan ke Sekolah Inggeris Ngee Heng dan Sekolah Inggeris Bukit Zaharah.

Allahyarham pada awalnya bercita-cita menjadi seorang akauntan, menamatkan pengajian di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), mengubah pendirian untuk menyertai kerjaya tentera.


Bagaimanapun, Allahyarham tidak dapat menyertai Askar Melayu kerana ia hanya untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu menyebabkan beliau menyertai Askar Timbalan Setia Johor (JMF) pada April 1941 dan dihantar ke India untuk latihan.

Pada tahun tersebut, Allahyarham menyertai Force 136, mengetuai pasukan kecil anak-anak Melayu memerangi tentera Jepun.

Selepas perang tamat, Allahyarham melatih unit-unit polis di Johor bagi menghadapi ancaman komunis ketika Darurat sekitar tahun 1949 dan menjadi sasaran komunis disebabkan keberkesanan strateginya untuk memerangi ancaman.

Allahyarham juga merupakan salah seorang anak Melayu pertama yang menjadi Pegawai Pemerintah Batalion pada April 1958 dan tahun berikutnya menjadi Pegawai Memerintah Briged Kelima Infantri ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Pada tahun 1969, Allahyarham dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif kepada Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, semasa peristiwa malang 13 Mei.

Allahyarham dinaikkan pangkat menjadi Jeneral "Empat Bintang" pada hujung tahun tersebut.

Pada 30 Nov 1977, Allahyarham menamatkan perkhidmatan setelah 36 tahun berkhidmat sebagai tentera, sekali gus menamatkan perkhidmatan selama tujuh tahun sebagai PAT Malaysia.

Sepanjang menjadi PAT (1 Julai 1970-30 Nov 1977), Allahyarham banyak mengatur kerjasama dengan negara-negara jiran bagi membanteras ancaman komunis.

Pada tahun 2000, Allahyarham dianugerahkan "Supreme Warrior" daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan "Doctorate of Philosophy (Management)" daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara selepas solat Asar.

Sementara itu, bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Yaakob Mat Zin berkata Allahyarham seorang yang sangat mengenali anggota dan pegawainya walaupun peringkat bawahan.

Bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein pula berkata Allahyarham sangat berkesan dalam pentadbiran ketika menjadi Director Operation East Malaysia pada tahun 1958.

"Keadaan ketika itu tegang dengan ancaman subversif di Sabah. Namun dengan kepimpinan Allahyarham, semua keadaan dapat dihadapi dengan tenang hinggalah ancaman komunis reda," katanya.
Satu lagi otobiografi beliau boleh diperolehi dari laman Wikipedia sini.

Sumbangan dan pengorbanan tokoh-tokoh seperti Allahyarham sering hilang dari pengetahun rakyat. Pelbagai kisah keberanian dan kepahlawanan askar-askar berhadapan dengan musuh hilang dalam lipatan sejarah.

Begitu banyak nyawa askar yang terkorban tanpa dikenang dan diketahui oleh orang ramai yang kini mengambil mudah keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi negara ini.

Hanya doa dan fatihah saja yang dapat kita hadiahkan buat pahlawan pahlawan seperti Allahyarham.

Dalam ucapan takziah kepada keluarga Setiausaha Agung Perkasa, Tuan Syed Hasan Syed Ali menggesa kerajaan mewujudkan Muzium Kesultanan dan Pahlawan-Pahlwan Melayu untuk mengenang jasa mereka-mereka yang telah menyumbang kepada bangsa, agama, dan negara.

Muga Allah cucuri rahmat ke atas roh Panglima Melayu ini yang telah banyak berjasa untuk memberikan keamanan dan kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia. Kami doakan rohnya diletakkan bersama para syuhada.

Al Fatihah buat Pahlawan.

Amin.

3 comments:

Tok Mudim said...

Bang

Kaum Malaysia Liberal ni mana ada minat nak baca buku " have you met Meriam ?" tulisan Allahyarham.

Nak buat bangsawan kat Istana Budaya pun tak ada skrip writer atau director yang tahu kesah arwah

Itu lah gunanya wajib pass sejarah.

Nanti bila di tanya siapa Hang Tuah, Tun Perak, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Kenali, Dato Onn, Tun Ibrahim Ismail dll, semua tak tahu.

Tapi kalau tanya siapa gang power ranger, gang ultraman, gang x-man dan macam macam gang lah, mak bapak budak pun boleh tolong jawabkan.

Anyhow, Alfatihah untuk Allahyarham pahlawan negara.

Ps buku "have you met Meriam" patut di buat filem. An epic.

Even askar2 Jepun yang tahan arwah masa WWII pun tak percaya bila arwah cerita semula penyamaran beliau & rakan dalam tahanan jepun selama beberapa tahun dalam satu perjumpaan semula pada tahun 70an/80an di jepun.

rudy said...

Al Fatihah untuk Pahlawan Melayu ini

Wake UP! said...

Al Fatihah.

Golongan liberal lebih suka nak hapuskan Ketuanan Melayu dan meliberalkan golongan homoseksual di Malaysia agar bebas mengaku akan kecenderungan seks luar tabii mereka.

My Say